salam semua.saya nak ceritalah sedikit pasal program FuiYO ini.program ini sebenarnya dah dibuat pada tahun lepas.anjuran ILUVISLAM.tetapi,baru tahun ini saya terbuka hati untuk menyertai.oh lupa.tahun lepas.ah.susah la nak taip.sebab baru hari ini masuk tahun baru kan.ok,sebenarnya,program yang saya sertai adalah pada tahun tahun 2010.tapi, tahuntahun sebelumnya dah pernah dibuat.sekarang faham tak?haha.saya join program ini bukan sebab saya nak tunjuk alim,haha,tapi saya nak pergi berkawan.sebab dah lama saya tak buat kawan baru.dan saya dengar program ini banyak sesi bercakap dan banyak LDK.jadi,dengan sifat saya yang suka masuk itu ini,maka saya terbuka hatilah untuk join.tempat pada tahun ini adalah waddow hall,manchester.
sinopsis perjalanan:
mulamula saya pergi bersama adib dan uzair ke southampton dengan menaiki train selama 45 minit.*saya terpaksa ikut mereka sebab tiada perempuan lain yang dekat portsmouth sertai program ini* selepas itu,kami disambut dengan mesranya oleh abang najib dan dibawa ke rumah beliau di southampton untuk berjumpa dengan isteri beliau.selepas itu,kami bertolak secara konvoi iaitu 3 buah kereta kesemuanya ke manchester.journey yang sangat panjang.saya pun tak tahulah lama mana.tapi,bolehlah dikatakan macam terengganu ke johor. ;p saya agak mabukmabuk macam tikus membaiki labu *biarlah tak sesuai pun*, jadi saya memilih untuk tidur sepanjang perjalanan.bukan lah nak cakap saya ini kacang lupakan kulit sebab saya tidak bercakap sangat dalam kereta,tetapi itu memang style saya apabila naik kereta,saya akan tidur dengan bergaya.haha.oh lupa!saya akan bangun apabila diajak makan.macam orang mengantuk disorongkan bantal,teruslah saya bangun dan makan dengan penuh pelahapnya.perjalanan pulang pula adalah secara konvoi juga.tapi kali ini bertambah menjadi 5 buah kereta kesemuanya.menarik kan?saya suka!dan kami ke bandar manchester untuk menghadiri MB Terengganu punya talk.disebabkan driverdriver semua nak pergi,saya pun pergi jugalah.tak kan saya nak pandu pula kereta itu?lesen pun tak ada.dan selepas itu,kami pergi makan di bandar itu.memang murah lah makanan dekat situ berbanding dengan portsmouth.nasi ayam al-jazeera 4pounds jek.dah la banyak!dekat sini dalam 6-7pounds.tak adalah sesedap nasi ayam itu.kemudian,kami pergi ke swindon iaitu dalam 3-4 jam perjalanan.banyaklah tragedi nak sampai ke swindon itu.tetapi,bak kata dato' siti,biarlah rahsia.tetapi memang saya kesiankan orang lain sebab mereka terpaksa mengurut saya tiap kali kami berhenti manamana tempat sebab saya memang mabuk.bukan sebab alkohol.tetapi sebab travel.sampai jek dekat swindon,iaitu di travel lodge,tempat kami bermalam,saya pun muntahlah.yewla.saya dah kumpul pening saya selama ini.sekarang, tibalah masanya untuk saya meluahkanlah.haha.alhamdulillah,nasib baik bukan dalam kereta.dan keesokan pagi,kami pergi berboxing day di bandar swindon.menarik juga!banyak juga kedaikedainya macam portsmouth tetapi saya hanya memilih barangbarang yang tak ada dekat portsmouth sahaja.dan saya rasa macam murah dekat portsmouth lagi.kami pun pulang ke southampton dan keesokan pagi,saya dan adib dan uzair,pulang ke portsmouth.
apa yang best pasal program ini?
- saya suka program ini sebabnya adalah banyak aktivitiaktiviti dalam berkumpulan.saya bolehlah tunjukkan bakat saya.hehe.dan kebetulan ada sesi berbahas dan memberi pendapat.jadi,saya memang dah lama mengidam nak berbahas,saya pun mulalah mengatur bicara.sebenarnya isi saya biasa jek cuma gaya penyampaian saya adalah secara lawak dan jenakanya.saya tak rasalah lawak mana tetapi semua gelak bila saya berkatakata.haha.dan saya rasa memang kelakar juga cara saya melontar bicara.ada juga part di mana setiap ahli kumpulan dikehendaki mengambil satu peranan iaitu antaranya pidato,cakap pasal buku,hafazan dan sebagainya.jadi,disebabkan saya kurang ilmu pasal palestin,saya mulalah memilih untuk menolak pidato dan saya ambil peranan sebagai penjual.haaaaa,yang ini mencabar sangatsangat.banyaklah cara saya guna.dan yang pasti,semua orang lain berhenti dan melihat telatah saya.dan saya dapat lihatlah semua tergelak dan ada yang terguling di lantai.ini tak tipu tau.memang realiti.haha.selepas itu,orang mulalah gelar saya raja lawak.
- makan secara bertalam.saya suka makan bertalam.sebab saya boleh bersembang dan sekali lagi membuat kelakar.saya sukalah bila lihat orang ketawa.dan cara itulah saya dapat ramai kawan. :) tetapi,yang saya tak suka adalah saya tak cukup makanan.hahahahahahaha.saya makan banyaklah.jadi,apabila makan beramairamai saya rasa tak cukup.makanan sangatsangatlah sedap tapi agak kesian apabila saya selalu tanya,agakagak ada orang nak makan lagi tak?haha.saya babbab makan memang saya tak malu.buat apa nak malu?malu babbab lain tak apalah juga.haha.terima kasih lah Tuhan sebab bagi saya badan macam ini yang tak akan berubah.haha.sebab kalaulah saya ini normal,iaitu apabila makan,berat badan akan bertambah,confirm sekarang ini saya dah jadi macam .......... yewla.obesiti.
- penceramahpenceramah memang bestlah!kelakar habis.memang santai cara mereka mengapproach tapi tetap ilmu itu kita dapat.dan tiap kali ceramah,makanan akan dihidangkan.biskutbiskut,buahbuah,pudingpuding,kekkek dan sebagainya akan dijamu.siapa tak suka dengar ceramah apabila makanan disediakan?hahahahahahaha.terima kasih AJK makanan.memang terbaiklah!
- dapat buat ramai kawan baru.yes!nawaitu tercapai.terima kasih semua sebab menerima kegilaan saya di kem agama.hahahahahahaha.dan saya ada minta maaf dengan fasifasi sebab saya banyak cakap ke apa,dan mereka cakap saya menghidupkan majlis ini.dan ada orang bagitahu saya bahawa sayalah orang paling ceria dekat program ini.sebenarnya,macam inilah diri saya.tapi,entah kenapa saya sejak mengambil TESL,i can't be myself.dan saya tak bahagia.saya marahmarah sebab bila saya tak marah,saya dipijak.tetapi,sekarang,saya nak jadi diri saya.pijaklah saya banyak mana pun.sebab saya dah tak kisah.saya nak jadi diri saya sebelum saya masuk IPDA.mungkin ini konflik dalam diri saya sendiri.jadi,saya yang kena ubah diri saya.oh!lupakan ketakbahagiaan.
itu sahalah yang saya nak kongsi.hehe.
ade ke patot mmbnarkan insan len memijak anda?
ReplyDeletengok..
jd dri sndri.. tp jgn biar org pijak... musti ade carinye..
owh.adakah ayat patut ditukar kpd, "pijaklah,kalo berani".hehe.
ReplyDeletemm...
ReplyDeletetu baru betol...
itu barulah pinkguavalady yg sebenar...
hahaha...
Betul ckp triple dot Vdaa..haha..
ReplyDeletebe yourself..biasa la tue..
artis pun ada org tak suka..niekan pulak org biasa..chewaahh..best dgr cerita pasal ko muntah..haha :)
Happy New Year Vdaa :)