Di kala kita bermarathon mengejar kekayaan,mungkin kita alpa akan peranan kita.fikir balik,mengapa kita diciptakan?Yang paling melalaikan adalah apabila kita hidup dalam segala kesenangan.tak pernah merasa kekurangan.harta banyak sangat sampai kadangkadang tak tahu nak buat apa.rela membazir tak tentu hala daripada menginfakkan.dan harta yang banyak inilah antara faktor terbesar yang boleh melalaikan kita daripada Dia.harta banyak mempunyai tendensi untuk membuatkan kita sombong dan berlagak. time kurang duit barulah nak baca doa murah rezeki *ubah vdaa,ubah!* tapi,tanpa kita sedari,musuh yang dapat melalaikan kita juga mungkin adalah yang terdekat dengan kita.Bila kita dah menjadi bapa atau ibu atau keduaduanya *boleh ke jadi duadua?boleh.kalau kita ibu tunggal atau balu*, janganlah ikut sangat kemahuan anakanak.Ibu bapa ini kan penyayang *saya pun ;p*, kalau boleh mereka nak bagi apa sahaja yang anak mereka mahu.tak nak kecewakanlah.tapi,kalau sampai menjauhkan mereka daripadaNya atau melanggar apa yang sepatutnya,tak patutlah kan.sebab anakanak mereka *merekalah sebab kita tak ada anak lagi.haha* mampu untuk melalaikan mereka.
"Wahai orangorang yang beriman!Sesungguhnya di antara isteriisterimu dan anakanakmu ada yang menjadi musuh bagimu,maka berhatihatilah kamu terhadap mereka; dan jika kamu santuni serta ampuni (mereka),maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.Sesungguhnya hartamu dan anakanakmu hanyalah cubaan (bagimu), dan di sisi Allah pahala yang besar" [64:14-15]
"Wahai orangorang yang beriman!Janganlah harta bendamu dan anakanakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Dan barang siapa berbuat demikian, maka mereka itulah orangorang yang rugi" [63:9]
jadi,sekarang kita sebagai anak,takkan nak jadi musuh parents sendiri kan?bukan musuh yang bertumbuktumbuk bergoncosgoncos itu,tapi musuh dari segi tarikan untuk lagi menjauh Dia.jomlah usaha untuk memperbaiki diri.tidak diakui,ia memang susah.tapi,slowslow pun tak apa.asalkan tiaptiap hari yang berikutnya adalah yang lebih baik daripada yang semalam.
No comments:
Post a Comment