Saturday, February 19, 2011

Friday, February 18, 2011

dah sedia ke nak jadik isteri?


keskes tak ada pakwe makwe makin diketengahkan sejak akhirakhir ini.mana taknya,umur dah meningkat.kan?nanti orang cakap tak laku pula.erm,bagi saya,tak ada makwe atau pakwe itu bukan macam tak laku,tetapi masih tak jumpa orang yang nak tackle lagi.dan tak semua macam tu.kan kapel ni tak elok.tentu orangorang yang kuat agama rela menahan diri diorang daripada kapel.kan?jadi,tak semua yang tak ada pakwe tak ada orang berkenan. :)

jadi,kalau tak ada pacar,tak payahlah nak risau sangat.bolehlah setakat menggelabah sikitsikit.yang penting,usaha untuk mempersiapkan diri.bila kita dah ada ilmu untuk berumah tangga apa semua,bila jodoh tiba,terus dapat hidup dengan jayanya.kalau kita menunggu jek dan tak perbaiki diri,bila jodoh tiba,tentu lah susah nak hidup berumahtangga nanti.ingat senang ke nak jaga suami atau isteri?takkan time tu juga baru nak belajar kan?dengan masak tak reti.dengan bilik tak kemas.semuanyalah!

saya belajar memasak sebab saya nak jadi isteri yang baik.saya kalau boleh,makan minum suami saya,saya nak buat semua tu.saya tak nak dia lapar dan bila cari makanan,makanan tak ada.saya nak makanan sentiasa ada untuk dia bila dia lapar.kadangkadang,bila saya tengah masak,saya selalu rasa rindu nak masak untuk suami.rindu?macam dah pernah masak untuk suami jek kan bunyinya?tak adalah.tapi,memang rasa sangat. :)

kalau kita kapel dengan lelaki yang tak kisah kita pandai masak ke tak,cuba bayangkan kalau dia bukan jodoh kita?takkan umur dah lanjut baru nak belajar.kita tak konpem lelaki yang kita tengah hot bercinta sekarang ini adalah jodoh kita atau tak.huhu.jadi,di samping kita usaha untuk mendapat jodoh,kita persiapkan diri kita dulu.jadi,berusahalah! :)

Thursday, February 17, 2011

tak minat jadi cikgu


antara berjutajuta orang yang amik perguruan,berapa orang yang betulbetul minat nak jadi cikgu?memanglah time interview,time mengarang kenapa nak jadi cikgu,ratarata akan cakap,"saya memang minat jadi cikgu.sejak dari kecil lagi saya bercitacita nak jadi cikgu".haaaaaaa,cakap elokelok.time kecil tu bercitacita atau 'mainmain cikgu' dengan adikadik dan jiran sebelah rumah? ;p

saya?mungkin sebab tiada pilihan lain?ataupun mungkin abah saya kalau boleh nak seorang daripada anakanak dia jadi cikgu?entahlah.saya ni banyak juga citacita.haha.pengacara,peguam syariah,dj,pengurus hotel,ahli bisnes,kaunselor dan pakar motivasi.haha.peguam konpem saya tak kan amik,famili saya tak suka.lagipun,saya tak minat belajar arab.tapi, makin lama,makin saya minat nak jadi pakar motivasi,alaala kaunselor kat sekolah.

disebabkan saya akan end up jadi cikgu,saya fikir,saya masih boleh gembira dengan jadikan cikgu sebagai laluan untuk saya menjadi pakar motivasi.hei,bagi motivasi dekat sekolah pun dah dapat memuaskan jiwa saya sebab saya bukan nak kejar populariti,tapi saya nak memuaskan jiwa saya.


ada seorang pakar motivasi pernah berkata dekat saya, "kalau tak suka sesuatu pekerjaan itu,berusahalah untuk masukkan perkara yang kita minat dalam pekerjaan tu"
dengan erti kata lain,cari jalan untuk membuka jalan kepada perkara yang kita minat melalui perkara yang kita tidak minat itu. hope u'll find your way :)

p/s:minat bisnes?jual la dekat sekolah. :p

Sunday, February 13, 2011

Ayam Goreng Berempah Sayang

ini adalah bahanbahan untuk menyediakan paste berempah untuk ayam:
bahanbahan A untuk dikisar:
  1. 2 ulas bawang putih
  2. 1 ulas bawang merah (besar-kalau kecil,jadikan 2 ulas)
  3. 2 sudu besar biji ketumbar yang digoreng atas bara api yang kecil terlebih dahulu sehingga naik bau (satu sudu besar ditumbuk,satu sudu lagi nak tumbuk or kisar guna blender pun tak apa-kalau tak tumbuk separuh,nanti mati sebab tertelan biji ketumbar banyak sangat saya tak nak tanggung)
  4. sedikit serai yang dipotong halus (tak nak guna pun tak apa.ini sekadar untuk mengkayakan lagi rasa rempah
bahanbahan B untuk dicampurkan sekali dengan bahanbahan kisar nanti:
  1. 1 sudu besar kunyit
  2. 1 sudu besar serbuk jintan manis (kalau tak ada serbuk,guna jintan manis terus tapi kena goreng macam biji ketumbarlah)
  3. 2 sudu besar serbuk kari
  4. 1 sudu besar serbuk cili (tak nak guna pun tak apa-saya tak guna sebab tak ada)
  5. garam secukup rasa
p/s: daun kari di masukkan ke dalam kuali bersamasama ayam yang digoreng.


bahanbahan A dikisar (jangan sampai lumat sangat,cukuplah sekadar lumat biasa-sebab nak ada texture rempah itu nampak)

bahanbahan B dimasukkan sekali dengan bahanbahan A yang telah dikisar dan digaulkan dengan ayam.Perap selama yang boleh.Lagi lama,lagi kaya rasa rempah pada ayam.

goreng ayam yang telah diperap dengan beberapa helai daun kari

ayam berempah yang telah digoreng. jangan lupa taburkan kerak rempah tadi sekali.

sebenarnya, ayam ini lagi cantik dan sedap kalau guna ayam malaysia.saya guna chicken wings uk siap kulit tebal lagi,payah la nak serap rempah.ayam bahagian lain tak ada.miskin. :(