Saturday, December 18, 2010

13elieve 13 suju members



kangin sekarang tengah menjalani army. but,he's coming back.just wait! 2012.rindu beliau punya lawak cikaicikai.walaupun saya tidaklah minat mana beliau,tapi saya rindu beliau sebagai ahli super juniors.

hangeng/hankyung masalah kontrak.kontrak 'penghamba abdian'. sampai sakitsakit beliau.tapi,beliau bergerak secara solo sekarang.dan famous di China dan siapasiapa yang mengikuti beliau dari dulu,tentu merindui beliau.macam mana rapatnya beliau dengan heechul dulu.macam mana heechul bersedih time konsert yang first tanpa hangeng.macam mana hangeng buat statement mereka masih berkawan baik.

kibum!!!!!!i miss his killer smile!disebabkan beliau busy dengan aktiviti lain iaitu berlakon dalam dramadrama, beliau tidak sempat untuk mengpraktiskan diri dengan tarian dan nyanyian.jadi,beliau tidak dibenarkan untuk menyertai promosipromosi dan konsertkonsert untuk album ini.nantikan kemunculan beliau tahun depan atau the next album!

Wednesday, December 15, 2010

sandara park



lagu yang sandara park (2NE1) nyanyikan semasa beliau masih lagi berada di philippines.she's a pure korean.tapi, beliau telah mengtransferkan diri beliau ke philippines untuk beberapa tahun lamanya.beliau banyak lah menyertai itu ini sewaktu beliau dekat sana sebelum kembali ke korea.



video beliau ketika mengauditionkan diri dalam satu program realiti tv.kelakar beliau ni.

Thursday, December 9, 2010

shhhhhh!!!nanti orang tau kita tengah buat apa

but,God is watching.

kenapa lalai tapi bahagia jek hidup

"Dan orang-orang yang mendustakan ayat Kami,akan Kami membiarkan mereka beransur-ansur (ke arah kebinasaan), dengan cara yang mereka tidak ketahui." [7/182]
semakin bahagia,tendensi untuk jauh daripada Allah makin tinggi.jadi,semakinlah lalai.

Wednesday, December 8, 2010

Saturday, December 4, 2010

Teaching Children to Learn

time sejuksejuk macam ini,nafsu lapar saya makin menjadijadi.makan sampai tak ingat dunia.lepas itu,mulalah malasmalas.orang kata makan biar berpadapada.sekadar nak bagi tenaga untuk terus hidup,bukannya makan untuk memuaskan nafsu remaja.jap.remaja ke?haha.sebab malas nak turun bawah,nak cakap berat punggung,memang tak logiklah kan.memang malas lah yang pasti.haha.jadi,saya makanlah coklat hadiah di hari jadi daripada hanes hazman.syok weyh!syok!sayang nak makan sebab comel tapi,terpaksalah makan.
orang kata,cikgu ini macam chef tau.cikgu ni macam tukang masak yang masakkan satu hidangan khas untuk muridmurid yang merangkumi segala jenis zatzat yang penting untuk tumbesaran mereka.tumbesaran apa ini?badankah?eh.badan orang panggil pembesaran.jawapannya,tumbesaran minda.apa yang disuggestkan dalam buku Teaching Children to Learn ini?


by Robert Fisher

p/s:kalau rasa tak nampak itu,rajinrajinlah klik dekat gambargambar itu ya.biar terbuka sedikit mata untuk jadi guru yang berdedikasi!

Friday, December 3, 2010

alkisah salji



bangun pagipagi korek tahi mata yang masih melekat lalu menjengukjenguk ke luar di sebalik blind coklat yang tersergam indah.salji?salji lebat?alamak!macam mana ini?saya susah nak berjalan dalam salji tebal macam ini.yang tebalnya macam tebal tahi gigi yang terhasil akibat tidak diberus gigi selama sebulan.pagipagi macam ini tentu dah ramai yang keluar.makanya,banyak sudah tempat yang dah jadi ais.susah hati,seksa jiwa raga sebab dah dapat bayangkan macam mana gaya saya berjalan nanti.tidak lagi macam modelmodel atau artisartis korea yang berkaki panjang.tangan confirm didepakan.berjalan tak ubah macam bayi comel lote yang baru nak belajar berjalan.nak seimbangkan badan.keluh kesah semua ada.

tapi,setelah menggunakan teknik imbas kembali,bila fikirfikir balik,bukankah dulu saya juga yang beriyaiya nak jumpa salji?bukankah saya juga yang frust apabila lecturers kata portsmouth selalunya tiada salji.tempat lain ada.cuma,portsmouth tiada.dan memang portsmouth tidak akan bersalji.tak tahu erti bersyukurkah saya apabila harapan dan impian saya selama ini sudah tercapai?di manakah ucapan 'alhamdulillah' saya?

dan nak dijadikan cerita,pada tahun saya dan kawankawan satu batch saya datang ke sini,pada tahun itu jugalah pertama kalinya portsmouth bersalji kembali setelah berdekaddekad tak diziarahi salji.excited bukan main saya time itu.berlarilari anak keluar bermain salji pada waktu malam.sejuk?tak kisah.kita redah demi salji.cantik oh!tapi keeseokan pagi,apabila hendak berjalan ke kelas,saya hampirhampir terjatuh garagara jalan dah licin.ais dah membeku.macam mana ini?saya memang trauma jatuhjatuh ini sebab saya pernah terjatuh dalam tandas dan menyebabkan punggung saya sakitsakit gila.dan saya trauma!saya juga hampirhampir terjatuh dalam longkang besar dan dalam sewaktu peperiksaan SPM.saya trauma!jadi,saya dah tak nak rasa salji.dah tak mengidam nak bermainmain dengan salji.tetapi,tahun ini,salji bermula lagi.makanya,juniorjunior pun berpeluanglah merasa salji.cantik memang cantik.bermain pun best! tapi,untuk kali kedua merasai salji ini,saya merasa sangat seksa.

Surah An-Nur ayat 43 tercatat sama sekali pasal salji ini.
Tidakkah engkau melihat bahwa Allah menjadikan awan bergerakgerak perlahan, kemudian mengumpulkannya, lalu Dia menjadikannya bertumpuktumpuk, lalu engkau lihat hujan keluar dari celahcelahnya, dan Dia (juga) menurunkan (butiranbutiran) ais dari langit, (yaitu) dari (gumpalangumpalan awan seperti) gununggunung, maka ditimpakanNya (butiranbutiran ais) itu kepada siapa yang Dia kehendaki dan dihindarkanNya dari siapa yang Dia kehendaki.Kilauan kilatnya hampirhampir menghilangkan penglihatan
jadi,kita harus bersyukur!Tuhan mengkehendaki kita untuk merasa salji ini.dua tahun sahaja lagi masa yang ada untuk merasa =)