Thursday, December 29, 2011

Tuesday, August 2, 2011

guru dan sahsiah A++

tolonglah.jadi cikgu bukannya mudah.
dan bile kite tau ianye tak mudah,apa kate kalau kite perbaiki diri kite.
kite berusaha untuk jadi cikgu yang cemerlang.tak payah sampai terbilang pun.
cemerlang pun dah cukup.

tengok surat khabar,tengok berita pasal budak tadika kena rotan.
rase macam nak emo pun ade.
"eh,rotan jek pun.tak mati pun".
takdetakde.tak payah nak tunggu budak tu mati baru nak emo.
alangalang dah lame tak post mende kat blog akibat bz.
memang eloklah sangat kes ni jadi pembuka tirai rindu saya pada blog nie.
tolonglah wei.tolong.
kite jadi cikgu untuk mendidik bukan mendera.
lain sangatsangat dua mende tu.
budak kot.6 tahun.wei,budak lagi.
budakbudak kalau nakal sekalipun,bukan rotan penyelesaiannye.
budakbudak tu bkn anak kite.siapa kite untuk mendera?
kalau anak sendiri pun dibuat macam tu nanti,jangan beranaklah.tolonglah.
saya mmg tak boleh trime keskes macam ni.
bagi sy,merotan itu bukan tanda sayang.bukan.
bukan budak tu tinggal solat pun.
jam brape budak tu abis sekolah?zohor pun tak masuk lagi.
umur pun tak cukup lagi untuk dpt lesen dirotan.
kalau setakat misbehave ke ape ke,atau sajesaje,tak payahlah nak merotan bagai.
jangan.tau tak trauma tu susah untuk diubati?

nak jadi cikgu ni,bukan setakat kite kena berilmu tapi juga bersahsiah.
berperibadi mulia.jangan kite ilmu pun seciput, tapi perangai ke laut.
saya takdelah mulia.tapi,saya nak jadi mulia.
dan saya belajar jauhjauh ke seberang laut,bukan balik dgn tgn kosong.
at least ade hadiah utk famili.eh,bukan.bukan.ade lah ilmu baru yg sy dpt.
belajar kat manemane pun tentu belajar teori apeape kan?
rewards n punishment ke ape ke kan?
classroom management ke ape kan?dah jadi cikgu tu,aplikasikanlah.
kalau bukan sekarang,bile?bile lagi?
dah kalo dah tau perangai kite memang jenis baran dan tak reti nak kawal,tak payah apply jadik cikgu.
ok?mintak perhatian semua.

tolong.jangan rampas keceriaan seorang kanakkanak yang ingin membesar.
jangan.
lots of love,
bakal cikgu.



Sunday, March 13, 2011

tandatanda orang yang celaka di dunia

Sabda Rasulullah SAW: “Tanda-tanda orang yang merana (celaka) di dunia ada empat iaitu lupa kepada dosa-dosanya di masa silam, sedangkan cacatannya terpelihara oleh ALLAH, suka mengingati kebaikan-kebaikannya di masa lalu, sedangkan dia sendiri tidak tahu adakah kebaikannya itu diterima ALLAH, suka melihat orang yang di atasnya dalam masalah dunia dan suka melihat orang di bawahnya dalam masalah agama.

Saturday, February 19, 2011

Friday, February 18, 2011

dah sedia ke nak jadik isteri?


keskes tak ada pakwe makwe makin diketengahkan sejak akhirakhir ini.mana taknya,umur dah meningkat.kan?nanti orang cakap tak laku pula.erm,bagi saya,tak ada makwe atau pakwe itu bukan macam tak laku,tetapi masih tak jumpa orang yang nak tackle lagi.dan tak semua macam tu.kan kapel ni tak elok.tentu orangorang yang kuat agama rela menahan diri diorang daripada kapel.kan?jadi,tak semua yang tak ada pakwe tak ada orang berkenan. :)

jadi,kalau tak ada pacar,tak payahlah nak risau sangat.bolehlah setakat menggelabah sikitsikit.yang penting,usaha untuk mempersiapkan diri.bila kita dah ada ilmu untuk berumah tangga apa semua,bila jodoh tiba,terus dapat hidup dengan jayanya.kalau kita menunggu jek dan tak perbaiki diri,bila jodoh tiba,tentu lah susah nak hidup berumahtangga nanti.ingat senang ke nak jaga suami atau isteri?takkan time tu juga baru nak belajar kan?dengan masak tak reti.dengan bilik tak kemas.semuanyalah!

saya belajar memasak sebab saya nak jadi isteri yang baik.saya kalau boleh,makan minum suami saya,saya nak buat semua tu.saya tak nak dia lapar dan bila cari makanan,makanan tak ada.saya nak makanan sentiasa ada untuk dia bila dia lapar.kadangkadang,bila saya tengah masak,saya selalu rasa rindu nak masak untuk suami.rindu?macam dah pernah masak untuk suami jek kan bunyinya?tak adalah.tapi,memang rasa sangat. :)

kalau kita kapel dengan lelaki yang tak kisah kita pandai masak ke tak,cuba bayangkan kalau dia bukan jodoh kita?takkan umur dah lanjut baru nak belajar.kita tak konpem lelaki yang kita tengah hot bercinta sekarang ini adalah jodoh kita atau tak.huhu.jadi,di samping kita usaha untuk mendapat jodoh,kita persiapkan diri kita dulu.jadi,berusahalah! :)

Thursday, February 17, 2011

tak minat jadi cikgu


antara berjutajuta orang yang amik perguruan,berapa orang yang betulbetul minat nak jadi cikgu?memanglah time interview,time mengarang kenapa nak jadi cikgu,ratarata akan cakap,"saya memang minat jadi cikgu.sejak dari kecil lagi saya bercitacita nak jadi cikgu".haaaaaaa,cakap elokelok.time kecil tu bercitacita atau 'mainmain cikgu' dengan adikadik dan jiran sebelah rumah? ;p

saya?mungkin sebab tiada pilihan lain?ataupun mungkin abah saya kalau boleh nak seorang daripada anakanak dia jadi cikgu?entahlah.saya ni banyak juga citacita.haha.pengacara,peguam syariah,dj,pengurus hotel,ahli bisnes,kaunselor dan pakar motivasi.haha.peguam konpem saya tak kan amik,famili saya tak suka.lagipun,saya tak minat belajar arab.tapi, makin lama,makin saya minat nak jadi pakar motivasi,alaala kaunselor kat sekolah.

disebabkan saya akan end up jadi cikgu,saya fikir,saya masih boleh gembira dengan jadikan cikgu sebagai laluan untuk saya menjadi pakar motivasi.hei,bagi motivasi dekat sekolah pun dah dapat memuaskan jiwa saya sebab saya bukan nak kejar populariti,tapi saya nak memuaskan jiwa saya.


ada seorang pakar motivasi pernah berkata dekat saya, "kalau tak suka sesuatu pekerjaan itu,berusahalah untuk masukkan perkara yang kita minat dalam pekerjaan tu"
dengan erti kata lain,cari jalan untuk membuka jalan kepada perkara yang kita minat melalui perkara yang kita tidak minat itu. hope u'll find your way :)

p/s:minat bisnes?jual la dekat sekolah. :p

Sunday, February 13, 2011

Ayam Goreng Berempah Sayang

ini adalah bahanbahan untuk menyediakan paste berempah untuk ayam:
bahanbahan A untuk dikisar:
  1. 2 ulas bawang putih
  2. 1 ulas bawang merah (besar-kalau kecil,jadikan 2 ulas)
  3. 2 sudu besar biji ketumbar yang digoreng atas bara api yang kecil terlebih dahulu sehingga naik bau (satu sudu besar ditumbuk,satu sudu lagi nak tumbuk or kisar guna blender pun tak apa-kalau tak tumbuk separuh,nanti mati sebab tertelan biji ketumbar banyak sangat saya tak nak tanggung)
  4. sedikit serai yang dipotong halus (tak nak guna pun tak apa.ini sekadar untuk mengkayakan lagi rasa rempah
bahanbahan B untuk dicampurkan sekali dengan bahanbahan kisar nanti:
  1. 1 sudu besar kunyit
  2. 1 sudu besar serbuk jintan manis (kalau tak ada serbuk,guna jintan manis terus tapi kena goreng macam biji ketumbarlah)
  3. 2 sudu besar serbuk kari
  4. 1 sudu besar serbuk cili (tak nak guna pun tak apa-saya tak guna sebab tak ada)
  5. garam secukup rasa
p/s: daun kari di masukkan ke dalam kuali bersamasama ayam yang digoreng.


bahanbahan A dikisar (jangan sampai lumat sangat,cukuplah sekadar lumat biasa-sebab nak ada texture rempah itu nampak)

bahanbahan B dimasukkan sekali dengan bahanbahan A yang telah dikisar dan digaulkan dengan ayam.Perap selama yang boleh.Lagi lama,lagi kaya rasa rempah pada ayam.

goreng ayam yang telah diperap dengan beberapa helai daun kari

ayam berempah yang telah digoreng. jangan lupa taburkan kerak rempah tadi sekali.

sebenarnya, ayam ini lagi cantik dan sedap kalau guna ayam malaysia.saya guna chicken wings uk siap kulit tebal lagi,payah la nak serap rempah.ayam bahagian lain tak ada.miskin. :(

Monday, January 10, 2011

mana keadilan

saya tak ada hak untuk menyuarakan prinsip saya.saya faham.

oh!saya deactivate fb saya.
kalau nak kontek,kontek dekat shoutbox saya dekat yang bergerakgerak tu ya. :)


jatuh bangun sendiri

orang kata,jatuh bangun sendiri.
tak payah tunggu orang angkat.


suka gila IU.
dia sangat berbakat.
video IU yang selalu ditengok.

Sunday, January 9, 2011

kepada peminat siwon

salam.saya suka bersembang pasal korea.perlu ke saya duk desperate komenkomen junior?waaaaaaa.sebab yang minat gilagila korea kalau senior adalah saya,fatin dan adlyn.yang lain,mungkin baru nak menjengahkan diri.sebab yang lain itu adalah minat,tapi sekadar minat tengok drama.lagu tak ada lah layan.yang tiga orang ini sejak dari ipda.maaflah kalau ada yang saya tertinggal.haha.ok,saya sangat desperate tegurtegur junior.saya malu.hahahaha.sebab,junior yang ramai bersembang pasal mende alah nie.saya tak ada siapa saya nak share.macam fatin,dia minat tengok rancanganrancangan korea.band pun dia minat tapi,she's more to rain :) adlyn pula,dia gilakan big bang.dan juga rain :) saya ingat lagi kenangan time rain nyanyi lagu rainism,pergh!tigatiga orang nie duk bercakap pasal aset rain jek.hahahahaha.dan time mulamula cnblue keluar dengan lagu khuntoria,fatin bagai gila.sebab dia memang akan tahu awal pasal mendemende macam ini.saya pula jenis yang suka kaji mende yang dah lepas.itu lainnya kami.jadi,banyaklah video kami menari lagu itu.tapi,lagu itu sangat lama bagi kami.saya memang minat super junior dari dulu.first saya tengok,saya memang minat siwon.tapi,biasabiasa jekla.dan masa itu kecohlah suju accident.itu yang saya dapat ingat mulamula saya minat suju.tapi,saya senyap sekejap.fokus dekat stadi ;p selepas itu,saya sambung balik.dan saya jumpa siwon di dunia realiti.saya tak kisah orang anggap dia tak sama or whatsoever.tapi,kawankawan saya ada yang kata dia macam siwon.tak ada part yang sama.tapi,keseluruhan adalah.adik saya pernah tengok video siwon,dan mereka cakap,"abang...." sambil gelakgelak.dari situ saya makin menyukai siwon.disebabkan dia,saya makin menyukai siwon!

tapi,perangai saya yang paling hodohnya,dari dulu sampai sekarang,saya tak boleh sama dengan orang.saya tahu orang lain pun ada juga perangai sama dengan saya.jadi,yang terbaru apabila kawan saya cakap dia suka siwon dalam kelas,saya terus,"sila minat orang lain.itu yang orang punya." dia jawab,"tak,suka tengok jek" "tengok tak apa.jangan sampai suka.orang rela bergaduh" dengan tegasnya.gila kan saya?dan kawan saya yang seorang lagi ada bagi link dekat fb dan cakap dia suka siwon dan nak lelaki macam siwon,saya terus komen "siwon orang punya." "baru minat buat cara baru minat.jangan ambil yang saya." serius.saya tahu.saya jahat.kalau kawan saya yang itu baca ini post,saya bukan nak marah anda.saya cuma berkonflik dalam diri.saya minta maaf.serius.saya tak nak ada perangai macam ini.tetapi,saya dah try.junior saya pun ada minat siwon.haha.mulamula saya tahu tue, *i know she'll read this post* saya macam,"ha?????" tak boleh terima juga.tapi tak adalah macam saya tak boleh terima kawankawan saya minat siwon.mungkin saya tak boleh orang dekat minat yang sama.tapi,lamalama saya macam boleh terima.saya pun tak tahu kenapa.sebab saya tahu dia pun tak suka minat lelaki sama,tapi dia dah terminat,saya macam ok.i'll try to replace siwon with someone else.saya fikir,saya nak bagi dekat dia.lagipun,apa hak saya tak nak bagi orang lain minat?tapi,tak berjaya lah.sebab saya memang setakat ini,saya tak jumpa siapasiapa yang dapat replace dia.saya memang tak ada siapa yang saya minat.kiranya tak ada back up.

bukan sebarangan ustaz


boleh percaya tak yang pemilik digitalmukmin.com ini adalah seorang yang selalu berjubah putih tetapi ranggi?haha.beliau adalah seorang ustaz.ustaz azhar idrus.saya selalulah dengar ceramah beliau sebab abah saya memang suka beliau.kalau saya duduk dekat ruang tamu ke,dalam bilik ke,dalam hati,tak nak dengar,tapi abah saya sengaja pasang biar satu rumah dengar.bayangkanlah betapa kuatnya dia pasang.haih.dulu memang mengeluh.kenapalah abah macam ini,nak dengar,dengarlah sorangsorang.tapi,sekarang bila saya sendiri yang meminati beliau,bila saya sendiri yang selalu mendengar ceramah beliau,saya faham kenapa abah saya suka sangat beliau ini.beliau sangat kelakar. "dok pahang tanye,dok tanye pahang,berat nanang."hahahaha.bukan dengan menjadi ustaz, anda tak dapat meneruskan hobi anda.gunakan hobi anda ke arah kebaikan.tapi,saya amatamat respek abis kepakaran beliau dalam fotografi.jadi,keluarkan segala potensi diri yang ada.  :)


Saturday, January 8, 2011

hajat yang terkubur

time first semester dekat uk ni,saya pernah menyimpan hajat untuk pergi umrah.sebab time tu saya memang ada rasa nak pergi.but,saya tak simpan duit.tertukar.sepatutnya duit yang kena simpan bukan hajat yang kena simpan. ;p dan time tu macam kawan saya cakap,macam susah nak pergi dari sini sebab tak ada orang tua kan.jadi,saya fikir tak ada chance kot nak pergi umrah time belajar dekat sini.tapi,dekat sinilah saya dapat biasiswa banyak.balik malaysia nanti,entah mampu menyimpan ke tak.jadi,lepas itu,terkubur macam itu jek impian tu.sem 2 saya hilang arah sedikit. ;p

yang sedihnya,saya baru sahaja ditag oleh kawan saya pasal program pergi umrah ramairamai pelajar uk.punyalah excited.sampai korek balik impian yang terkubur tu.tuptup tengok,pada musim bunga.oh,bulan 3.masa itu konpem duit dah masuk.tapi,selalunya mende ini kan kena bayar awal.deposit berapaberapa kan.dan mahal lah.850pounds.dah boleh beli dua tiket balik malaysia.dah la saya kompius boleh balik ke tak,kalau saya tak balik,bolehlah saya guna duit itu untuk mende ni.tapi,850pounds.tak cukup.saya nak hidup macam mana kalau saya habiskan duit untuk mende ni?almaklumlah.saya hidup bergantungkan duit biasiswa jek.dan musimnya tak kena.rasanya tarikh itu bercanggahan dengan saya punya kelas.saya rasa masa itu tak ada cuti.jadi,dengan penuh tangkap lelehnya,saya gali tanah,kubur balik impian tu.sekian.

Friday, January 7, 2011

Cahaya langit dan bumi


you know what,nak sampai dekat level yang saya sampai sekarang ini amatlah susah.banyak yang saya fikir,samada betul ke apa yang pilih?dapat tak saya teruskan.ya lah.mende ini ada naik dan turun.bila turun,confirmconfirm kena bidas.tetapi,saya teruskan juga sebab kalau saya tak mara ke depan,sampai bila saya nak biarkan diri saya terbelenggu dengan persoalan saya sendiri?so,here i am.saya dalam usaha untuk mencari jawapan bagi setiap persoalan itu. :)

burung bertasbih

mata atau hati yang buta?

"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada" [22:46]
"Apakah (ketakhadiran mereka kerana) dalam hati mereka ada penyakit, atau (kerana) mereka raguragu atau (kerana) takut kalaukalau Allah dan Rasul-Nya berlaku zalim kepada mereka? Sebenarnya, mereka itulah orangorang yang zalim" [24:50]
"Dan Dialah yang telah menciptakan bagimu pendengaran, penglihatan dan hati nurani, tetapi sedikit sekali kamu bersyukur" [23:78]
makin lama,makin banyak tompok hitam dalam hati.jadi,hati kena selalu dibersihkan.banyak cara untuk membersihkan hati.ada OPICK nyanyikan lagu Tombo Ati atau Ubat Hati.Antaranya:

  1. baca Al-quran berserta dengan maknanya sekali
  2. dirikan solat malam seperti solat tahajjud, taubat, hajat dan sebagainya
  3. berkumpullah dengan orang soleh
  4. berbanyaklah berpuasa
  5. berzikirlah selalu


:)

Thursday, January 6, 2011

adil kan masa

8 jam untuk bekerja,8jam untuk berehat dan 8 jam untuk beribadat.
tapi,di kala bz, jarangjarang sangat untuk melaksanakan yang ketiga tu.risau kononnya kalau pergi baca al-Quran 5 minit akan menyebabkan kerja lambat siap dan tak cukup masa.time tak bz pun rela tengok cerita korea tangkap leleh.tak lupa juga tengok abangabang jambu menari daripada spend masa dengan Dia.macam kenal jek?oh!lupa.itu saya.

tapi,tak smart r blaja camtu brader.eh,tak cool la belajar camtu cik jambu.kita selangselikan dengan baca al-Quran ek.baru cantik! :) ubah keutamaan kita.

cintakan agamamu

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." (Imam Nawawi)

menarik.semoga saya dapat menjadi baik dan dapat orang yang baik juga. :)

Tuesday, January 4, 2011

jangan godai aku kata sang lelaki


saban hari berlalu dengan pantas lagi mantas nya.tetapi malang yang sedikit berbau,keskes rogol dan sama waktu dengannya,masih belum berjaya ditangani.habaq mai,lagu mana nak settle?susah tau nak deal dengan nafsu remaja *remaja ke?perasan muda lah andaanda nie* so,dari mana kita nak mula?buat hukuman kawkaw punya?bagi saya,yang paling utama adalah kaum perempuan itu sendiri perlu memainkan peranan mereka *jap,saya nie tak perempuan ke?lupa.mereka itu termasuklah dengan saya* tetapi selalunya,kaum yang berutara selatan dengan perempuan yang selalu dipersalahkan *awat cheq duk bela laki ja nie?* bukan.bukan bela.memang perbuatan lelaki itu salah.saya pun bantah sekerakerasnya.dan memang sepatutnya lelaki itu dihukum.tetapi,tidak dapat diautakan lagi fakta bahawa perempuan pun ada silapnya dalam keskes macam ini. 

di mana silapnya?di mana?tang mana?perempuan apabila mengexposekan body cantik,montok,lagi sedap itu di hadapan masyarakat setempat dan dua tiga tempat yang menjadi mangsanya adalah lelaki.lelaki kan memang suka dekat perempuan dan perempuan ini mempunyai daya tarikan yang sangat kuat yang mampu menggetarkan iman lelaki. "perasan solehah bertutup lingkuplah kau nie!". coretan ini bukan untuk menaikkan saham dan market siapasiapa tetapi kebenaran tetap kebenaran.tak kiralah macam mana pun kita,we can't deny realiti ini.kita ada sumbang juga saham sikitsikit dalam hal ini.memanglah salah lelaki tak dapat kawal.tak dapat kawal sampai orangorang yang tak bersalah pun menjadi mangsa.

kalau betullah disebabkan ini,mengapa yang bertudung labuh pun kena?kenapa dan mengapa?bagi saya,ini pendapat sayalah,kalau ada kesalahan,dibenarkan untuk menegur,kes ini terjadi adalah disebabkan perkara pertama tadi.sebab bila lelaki memang tak tahan,dia tengok perempuan lain pun sebagai perempuanlah.faham tak?tak kan nak cakap details pula?ini tempat umum.merekamereka ini tak kira siapa sebab dia kira jantina sahaja.jadi,yang tak bersalah pun ada tendensi lah nak jadi mangsa.dan pada pengamatan saya *hebat ayat skema habis*, apa yang saya fikir ini tidak salah kerana saya dengar pendapat ini daripada seorang ustaz. ;p

manis kan?macam ummi saya.saya bila entah boleh jadi macam ini.
ummi,i love u and miss u so much! XOXO!

Monday, January 3, 2011

liar game

and the winner goes to............


tamat sudah permainan ini.pemenang tentu sedang enjoy dan berbangga dengan kejayaan beliau.makanya,semua orang boleh pulang ke tempat masingmasing dan lihatlah apa yang terjadi kepada

"Tetapi barang siapa bertaubat setelah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang" [5:39]